SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-41 PASUKAN KADET TENTERA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana kurang aktif memasukkan berita-berita terkini mengenai aktiviti-aktiviti Platun Kadet Tentera UBD atas sebab-sebab tertentu, khususnya kesibukan harian dan tuntutan kerja.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat limpah kurnia-Nya jua, akhirnya dapatlah kita bersama-sama meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-41 Penubuhan Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei.
Saya mengambil kesempatan ini, mewakili ahli-ahli Pasukan Kadet Tentera Universiti Brunei Darussalam, mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada seluruh Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya, dan kepada jurulatih-jurulatih di Pasukan Kadet Tentera Angkatan Simpanan Melayu Diraja Brunei, khasnya.
Semoga segala usaha semua pihak yang bekerjasama dalam mendukung dan menanai tanggungjawab mempertahankan Pasukan Kadet Tentera sehingga ke hari ini mendapat balasan yang setimpal dari Allah jua.
Terima kasih, dan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
90003 Sarjan KT Khairul Asri