Ke Arah Kesempurnaan Watan

Latest

PENGAMBILAN AHLI BAHARU PKT UBD SESI AKADEMIK 2016/2017

Poster PKT new 9

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ahli baharu lelaki dan wanita PKT UBD pengambilan ke-9:

Syarat-syarat kemasukan:

  • Mahasiswa/i UBD pengambilan Tahun 1 atau Tahun 2 sahaja.
  • Mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan oleh PKT ABDB/ PKT UBD.

Syarat-syarat kelayakan:

  • 7 puak jati (Melayu Brunei, Kedayan, Dusun, Bisaya, Tutong, Belait dan Murut) atau  yang beragama Islam.
  • Kad Pengenalan Pintar berwarna kuning.
  • Tiada had umur ditetapkan dalam syarat kemasukan/ kelayakan setakat ini.
  • Sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan. (Medical check up)

Jadual latihan/ Pelajaran PKT UBD:

  • Latihan Pasukan Kadet Tentera umumnya diadakan setiap hari Rabu dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang sama ada di Kem Gadong atau Kampus UBD.
  • Kadangkala latihan juga akan diadakan di luar waktu ECA yang telah ditetapkan. (Jumaat/Ahad/Hari kelapasan awam)

AKTIVITI-AKTIVITI DAN ACARA PKT UBD

Kursus-kursus:

  • Kursus Kawad Kaki.
  • Kursus Asas Hutan, Semboyan dan Pertolongan Cemas.
  • Kursus Senjata M16 A1.
  • Kursus Kuda.
  • Kursus Outward Bound Brunei Darussalam.
  • Hari Ulang Tahun ABDB.
  • Hari Ulang Tahun PKT UBD.
  • Hari Ulang Tahun PKT ABDB.
  • Command Task.
  • Pelajaran ikhtiar hidup. (survival lesson)
  • Ujian Kecergasan Asas. (Basic Fitness Test)

Perlawanan dan acara yang akan diadakan pada awal semester ini:

  • 21 Ogos: Perlawanan antara seksyen.
  • 28 Ogos: Perlawanan Merintis.
  • Aktiviti-aktiviti seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Borang permohonan untuk menjadi ahli PKT UBD boleh diperoleh pada waktu dan tempat yang akan diumumkan kemudian sama ada melalui blog PKT UBD atau papan kenyataan sekitar kampus UBD.

Sekian harap maklum.

90162 Sjn (KT) Mohammed Mu’Ammar Bin Morsidi

Jika awda berminat untuk mengikuti Platun Kadet Tentera Universiti Brunei Darussalam, sila isikan borang digital kami dengan menekan alamat yang tertera di bawah ini;

https://goo.gl/forms/P8cFOIFje2XXDAd93

Pihak kami akan menghantar emel atau mesej kepada awda jika ada aktiviti atau maklumat baharu.

Obstacle Course

Jumaat, 28 Ogos- Aktiviti ini diadakan di Penanjong Kem. Aktiviti-aktiviti dalam Obstacle Course ini adalah untuk menguji fizikal, mental dan kerjasama dalam berpasukan. Dalam aktiviti ini, ahli kadet dikehendaki menempuhi 10 halangan.Bagi setiap satu halangan, tunjuk ajar dan demonstrasi telah dibuat oleh PTI ABDB.

90183 L/KPL KT Asmaliani Binti Ahmad

90189 L/KPL KT Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin

90194 L/KPL Nor Arifah@Nor Bazliah Binti Badar

Sesi Pengenalan dan Aktiviti pertama bagi Ahli Kadet Pengambilan Ke-8

Rabu, 25 Ogos – Sesi pengenalan dan aktiviti pertama telah diadakan di Rimba Kem. Tujuan sesi ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada ahli baru tentang aktiviti  separa ketenteraan yang akan dijalankan sepanjang satu semester. Platun Kadet Tentera UBD menerima kemasukkan ahli baru seramai 21 orang iaitu 6 kadet lelaki dan 15 kadet wanita.

Sesi dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh 90178 L/KPL KT Haji Ahmad Wajdi Bin Haji Mohammad Rozaini. Seterusnya, kata alu-aluan disampaikan oleh jurulatih PKT UBD, 10525 PW2  Muhd Ali Firdaus bin Abdullah. Sesi ini diteruskan dengan tayangan slaid dan video. Tayangan slaid mengenai Sejarah Penubuhan PKT UBD telah disampaikan oleh 90183 L/KPL KT Asmaliani Binti Ahmad. Setelah itu, pengenalan pangkat-pangkat dalam ABDB dan kode pakaian telah diterangkan oleh 90200 L/KPL KT Hjh Siti Nurul Nadiah@Syukriah binti Haji Narudin.  Sesi pengenalan ini diakhiri dengan sesi berkongsi pengalaman sepanjang menjadi ahli PKT UBD yang disampaikan  oleh 90182 L/KPL KT Ak. Muhammad Faiq bin Pg. Haji Omar dan 90189 L/KPL  KT Nur Iffah Izzati binti Haji Shamsudin.

 

90183 L/KPL KT Asmaliani Binti Ahmad

90189 L/KPL  KT Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin.

90194 L/KPL KT Nor Arifah@Nor Bazliah Binti Badar

 

TAKLIMAT & LATIHAN PERTAMA BAGI AHLI PKT UBD PENGAMBILAN KE-8

IMG-20150819-WA0087

Rabu, 19 Ogos –  Sesi Taklimat dan latihan pertama bagi ahli PKTUBD pengambilan ke-8 telah di adakan di Rimba Kem.  Sesi  dimulakan dengan bacaan Doa yang dketuai  oleh 90177 L/KPL (KT) Muhammad Hilmi Bin Haji Awang Bujang. Taklimat di teruskan dengan kata alu-aluan daripada 90112 Sjn (KT) Ak Muhd Syukri  PHMA dan guru pengawas bagi PKT UBD 10525 PW 2 Ali Firdaus Bin Abdullah.

Slideshow mengenai sejarah penubuhan PKT UBD telah disampaikan oleh 90183 L/KPL(KT) Asmaliani Binti Ahmad diikuti dengan pengenalan pangkat, kod pakaian, Chain of Commad serta aktiviti dan acara yang diadakan oleh PKT UBD yang diterangkan oleh 90200 L/KPL (KT) Hajah Siti Nurul Nadiah @ Syukriah Haji Narudin. Sesi Taklimat di teruskan lagi dengan sesi berkongsi pengalaman yang di sampaikan oleh 90182 L/KPL (KT) Muhammad Faiq Bin Pg Omar dan L/KPL (KT) Nur Iffah Izzati Haji Shamsudin.

Setelah Solat Asar, Ahli PKT UBD serta ahli-ahli pengambilan ke-8 menjalani latihan yang diketuai oleh 90116 KPL (KT) Md Jubeli bin Hj Daud. Sesi di akhiri dengan bergambar ramai.

IMG-20150819-WA0089IMG-20150819-WA0094IMG-20150819-WA0049 (1)

PENGAMBILAN AHLI BAHARU PKT UBD SESI AKADEMIK 2015/2016

IMG-20150810-WA0041

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ahli baharu lelaki dan wanita PKT UBD pengambilan ke-7:

Syarat-syarat kemasukan:

  • Mahasiswa/siswi UBD pengambilan Tahun 1 atau Tahun 2 sahaja.
  • Mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan oleh PKT ABDB/ PKT UBD.

Syarat-syarat kelayakan:

  • 7 puak jati (Melayu Brunei, Kedayan, Dusun, Bisaya, Tutong, Belait dan Murut)
  • Kad Pengenalan Pintar berwarna kuning
  • Tiada had umur ditetapkan dalam syarat kemasukan/ kelayakan setakat ini
  • Sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan (Medical check up)

Jadual latihan/ Pelajaran PKT UBD:

  • Latihan Pasukan Kadet Tentera umumnya diadakan setiap hari Rabu dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang sama ada di Kem Gadong atau Kampus UBD.
  • Kadangkala latihan juga akan diadakan di luar waktu ECA yang telah ditetapkan.

AKTIVITI-AKTIVITI DAN ACARA PKT UBD

Kursus-kursus:

  • Kursus Kawad Kaki
  • Kursus Asas Hutan, Semboyan dan Pertolongan Cemas
  • Kursus Senjata M16 A1
  • Kursus Kuda
  • Kursus Outward Bound Brunei Darussalam
  • Hari Ulang Tahun ABDB
  • Hari Ulang Tahun PKT UBD
  • Hari Ulang Tahun PKT ABDB
  • Command Task
  • Pelajaran ikhtiar hidup (survival lesson)
  • Ujian Kecergasan Asas (Basic Fitness Test)

Perlawanan dan acara yang akan diadakan semester ini:

  • 14 Ogos: Perbarisan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
  • 15 – 17 Ogos: Perlawanan Futsal, Bola Jaring dan Touch Rugby
  • 16 Ogos: Majlis Santap Diraja sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
  • 22 Ogos: Latihan menembak (ETR Berakas Kem)
  • 24 Ogos: Junjung Ziarah Daerah Brunei Muara sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
  • 05 September: Perlawanan Kawad
  • 12 September: Perlawanan menembak menggunakan peluru hidup dan simulator
  • 12 Oktober: Perlawanan Merintis di Sungai Basong

Borang permohonan untuk menjadi ahli PKT UBD boleh diperoleh pada waktu dan tempat yang akan diumumkan kemudian sama ada melalui blog PKT UBD atau papan kenyataan sekitar kampus UBD.

Sekian harap maklum.

90080 Sjn (KT) Khairul Hazmi bin Hj Zaini

Jika anda berminat untuk mengikuti Platun Kadet Tentera Universiti Brunei Darussalam, sila isikan borang digital kami dengan menekan alamat yang tertera di bawah ini;

https://docs.google.com/forms/d/1CBOd5aFLe5WVv1C760UM_YGuQYi94m5oTyd1JV90c6M/viewform?usp=send_form

Pihak kami akan menghantar emel atau mesej kepada anda jika ada aktiviti atau maklumat baharu.

PERLAWANAN KAWAD

IMG-20150613-WA0041

Sabtu, 13 Jun –  Perlawanan Kawad Program Khidmat Bakti Negara bagi Tahun 2015 telah mengambil tempat di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan Berakas. Sebanyak lima pasukan menyertai Perlawanan kawad PKBN tersebut iaitu dua pasukan dari PKBN ( Alumni), Pasukan Kadet tentera, Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Kadet Bomba.

Tahniah kepada Pasukan Kadet Tentera tampil menjadi juara bagi Perlawanan Kawad Program Khidmat Bakti Negara bagi Tahun 2015.

Berikut adalah mata yang diperolehi oleh setiap kumpulan yang bertanding.

IMG-20150802-WA0027

IMG-20150618-WA0013

IMG-20150731-WA01326

90183 L/Kpl (KT) Asmaliani Binti Ahmad .

90189 L/Kpl (KT) Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin .

90194 L/Kpl (KT) Nor Arifah @ Nor Bazliah Binti Badar .

OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM

17

Isnin, 8 Jun – Ahli PKT UBD telah menjalani kursus yang dinamakan “Sekapur Sirih” . Ia adalah kursus 3 Hari 2 Malam dipenuhi dengan banyak keseronokan , pengembaraan dan cabaran bagi setiap Ahli Kadet. Pasukan Kadet Tentera dari UNISSA, ITB dan Polteknik Brunei juga turut serta dalam kursus ini.

31 27IMG-20150611-WA0057IMG-20150611-WA0040

90183 L/Kpl (KT) Asmaliani Binti Ahmad .

90189 L/Kpl (KT) Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin .

90194 L/Kpl (KT) Nor Arifah @ Nor Bazliah Binti Badar .

KURSUS KUDA

Kursus kuda selama 5 hari iaitu bermula dari 11 Mei sehingga 15 Mei telah dijalankan di RBAF Saddle Club Polo & Equestrian Centre, Berakas Kem.

Pada hari pertama, ahli-ahli kadet ditunjukkan tatacara pemasangan peralatan untuk menunggang kuda, cara-cara membersihkan kuda dan memandikan kuda. Ahli kadet dibahagikan kepada 2-3 orang setiap kumpulan untuk belajar menunggang kuda sepanjang 3 hari kursus.

Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

90183 L/Kpl (KT) Asmaliani Binti Ahmad .

90189 L/Kpl (KT) Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin .

90194 L/Kpl (KT) Nor Arifah @ Nor Bazliah Binti Badar .

2 14 10

LATIHAN MENEMBAK SIMULATOR

IMG-20150403-WA0047

Jumaat, 3 April- Pasukan Kadet Tentera UBD menjalankan latihan menembak simulator yang bertempat di Pusat Latihan Simulasi ABDB, Penanjong Kem.

Sepanjang latihan dan percubaan menembak pada sasaran sejauh 100 meter, ahli kadet telah menggunakan senjata jenis M16A1. Ahli kadet telah didedahkan cara-cara dalam mengendalikan senjata kemudian dipraktikkan dalam latihan menembak simulator, Program ini di akhiri dengan sesi soal jawab bersama jurulatih.

Pasukan Kadet Tentera UNISSA juga turut serta dalam latihan menembak simulator ini.

IMG-20150403-WA0056

90183 L/Kpl (KT) Asmaliani Binti Ahmad .

90189 L/Kpl (KT) Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin .

90194 L/Kpl (KT) Nor Arifah @ Nor Bazliah Binti Badar .

COMMAND TASK CHALLENGE

IMG-20150320-WA0015

Khamis, 20 Mac- Command Task Challenge bagi PKT UBD dan PKT Politeknik Brunei telah dijalankan di Watermanship Training Centre RBAF Serasa.

Ahli kadet berkumpul di lokasi bersama jurulatih-jurulatih seawal 7 pagi dan telah dibahagikan kepada bebrapa kumpulan. Matlamat Command Task memerlukan setiap kumpulan agar dapat berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan tugasan dalam senario yang diberi dalam masa 30 minit.

IMG-20150731-WA0152IMG-20150320-WA0019

90183 L/Kpl (KT) Asmaliani Binti Ahmad .

90189 L/Kpl (KT) Nur Iffah Izzati Binti Haji Shamsudin .

90194 L/Kpl (KT) Nor Arifah @ Nor Bazliah Binti Badar .